Saturday, June 7, 2008

Penantian itu suatu debaran...



Assalamua'laikum...
Kembali semula setelah begitu lama menyepi. Kesibukkan sebagai seorang pelajar ICPU di Taylor's College telas membataskan waktu utk aku mengupdate blog. Syukur alhamdulillah, pada hari khamis yang lalu, berakhirlah sudah perjuanganku di kolej ini yang telah mengajar aku jutaan erti kehidupan. Terdapat banyak suka duka yang ku tempuh sepanjang setahun bergelar pelajar di Taylor's College. Merujuk dengan tajuk di atas, kini aku terpaksa menantikan tarikh keramat(11jun2008), tarikh di mana usaha titik peluh dan penat lelahku dalam mencapai target yang sudah ditetapkan oleh penaja. Apa-apa pun, hanya Tuhan sahaja yang menentukan. Aku sedar bahawa segala yang terjadi sudah pasti ada hikmahnya yang kita sedari atau pun tidak sedari. Debaran semakin terasa dari saat ke saat, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan ini. Tetapi, Tuhan telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Maka, segala keputusan yang akan diketahui akan ku terima dengan hati yang penuh rela. "Sesuatu yang kamu rasakan akan memberi kebaikkan kepadamu mungkin akan memudaratkan mu, dan sesuatu yang kamu rasakan kebencian padanya mungkin akan memanfaatkan mu, sesungguhnya Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui. (2:213)
Kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan menerima keputusan pada hari rabu ini, terimalah ia dengan hati yang lapang. Ucapan tahniah kepada rakan-rakan yang bakal mencapai target. InsyaAllah, rezeki berada dimana-mana. Sekian, akan bersambung di lain entry.

No comments: